Monday, 8 December 2014

~ My Weekend ~

Assalamua'laikum dan Selamat sejahtera semua!! Amacam weekend korang kelmarin? Apa aktiviti menarik bersama keluarga.. Saya kelmarin selepas bangun solat Subuh terus siap2 ke Taman Botani, Putrajaya. Aktiviti riadah bersama bakal adik2 a.k.a adik2 ipar yang belum jadi lagi.. Hehe **doa2 la semoga jadi. Burn how many kalories pun tak tahu yang pasti hanya berjogging dan naik bukit. Dikesempatan itu, disebabkan pemandangan dan cuaca yang best dipagi hari..sambil jogging sambil posing laaa ape lagi.. hiks!~

So korang layanlah beberapa keping gambar yang saya rasa ok kot untuk dishare ^_~

Ada sikit la perubahan dari dulu.. From 97kg to 90kg. Need to lost till 55kg.. Banyak lagi tu.. But I know I will make it. Go for Atkis Diet! ^_~ 

yang ni lak feeling2 tengah jogging di Hyde Park, London ngee!~


Cun tak awek baju merah tu?? Cun kan! Single tu.. Haha

with my adik2 ipar.. #eh

dengan dia orang lagi.. yang ni posing before start berlari-lari anak.. 

Masa tengah jogging kat atas bukit tu tetiba ternampak biji merah ni. Dulu masa kecik2 mama selalu kutip dan kita orang buat untuk kira2 matematik. Ni nama dia Biji Saga.. Suka sangat! Sbb berbentuk HATI. 

Habis aktiviti beriadah jam 10 pagi.. Perut dah mula main lagu keroncong. So decide breakfast dulu before balik. Kita orang g makan dekat Precint 9, Putrajaya. Budak2 dua orang tu makan nasi lemak. Saya makan lempeng kelapa je. Sedap jugak! Lepas siap makan kita orang terus balik. Rehat2 sempat la baring2 atas katil tu sementara tunggu masuk waktu Zohor.



Lepas Zohor siap2 nak ke IOI City Mall pulak. Oh ye harini Birthday one of my adik ipar. Her name was Yang Nurain. She turns 20. Still young.. ^_^ 

Birthday girlnye yang pakai tudung coklat sebelah kanan.. Bakal cikgu tu.. :-)

So bawak birthday girl jalan2, amik gambar dan makan2 di shopping kompleks baru. Orang memang tersangatlah ramai. That mall so big! Dah rasa macam jalan dalam Mid Valley. From top floor to bottom floor. 

Lepak kat Secret Recipi, makan kek. I chose Yogurt Cheese Cake. For drinks I go for Apple Kasturi Asam Boi. Gambar air lupa nak snap.. hehe





Memang happening la kan tempat baru.. Full house ok!

Ice skating!!! Berhasrat nak main tp lihatlah.. bila terlalu ramai sangat.. so niat itu dibatalkan. Next time maybe.. Nak g ngan "Hubby" ajak dia main skali.. Hahaha


Gambar kat bawah ni dalam tempat game. Gamenye tak sure lak tp lebih kurang macam game perang2 kot.. Macam best je tapi ramai orang so snap gambar je dan keluar.. :-)


Lepas makan jalan2 kat Ground Floor and amik gambar dekat pokok krismas yang besar tu beramai2.. Hehe


Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Tengok2 jam dah pukul 7 petang. Terus decide balik solat Maghrib kat rumah je la sbb kalau nak solat kat Mall mesti orang ramai. So kita orang terus balik je lepas tu.

Hari Ahad kita orang tak habis lagi.. Lepas solat Maghrib dan Ishak.. Nak tahu kita orang tunggu ape lagi.. Jeng Jeng Jeng.. hehehe kan haritu kereta saya rosak. So saya tengah tunggu abang pomen saya hantar kereta saya la.. Abang pomen saya tu kan abang kepada dia orang ni. Adik2 dia dah siap call suruh abang dia orang belanja dinner.. Hahaha bertuah sungguh adik2 beliau kan!!

Dah lama tak rasa dup dap dup dap.. tiba2 tengah bersiap rasa pulak.. rasa macam ada kupu2 sedang berterbangan dalam perut! Hahaha.. Masa tengah siap tu tengok jam 8.30mlm, rasa nak call tanya dia dah gerak ke belom.. so sempat call dengar suara dia dulu.. His otw but highway a bit jam kata beliau.. Selesai bersiap turun tengok tv sementara menanti beliau sampai. Macam2 rasa ada masa tu. Haishhh nervous tetiba!! ngek sungguh.. Baru berapa hari ja tak jumpa pun.. ishhhhhh over!! 
Jam 9.30 beliau sampai. Rindunyeeeee...... senang melihat dia dihadapan rumahku. Sangat tenang! Suruh dia tunggu kejap sebab adik2 beliau belum siap. Sempat jugak dia mengomel cakap nape adik2 dia tak siap lagi. Haha adik sendiri takkan la tak faham2 lagi abang oii.. :-)

Adik2 beliau bawak abang dia orang g makan Western Food. Boleh la food kat restoran Kembangan Steek tu. Not so good but not so bad. Empat orang makan RM52. Kira murah laa untuk western food. Masa tengah tunggu makanan sampai, sempat kita orang posing lagi.. My second picture with him. Feels like a family. Mak dia je takde. Rindu Mak! :-)



Abang kita takde la handsome pun.. tapi manisnya ada.. Whatever it is.. I LOVE HIM so much! Love to be beside him. Hanya Allah saja yang mengetahuinya.

"Semoga relationship ini kekal selamanya." 

Tak sedar bercerita.. hahaha panjangnya!! sorrylah ye korang semua.. Hiks!~  Jumpa lagi di next entry ^_~



No comments:

Post a Comment